Pages

Monday, July 16, 2012

Melampau ke yang aku emel kat Ko?

Teruk ke Emel aku beri ni..adakah ini arahan? aku rasa ini just pemberitahuan je..huhuhu
Assalamualaikum *****,

Dibawah ini adalah senarai tugas yang perlu di kemaskini oleh *****. Diharap dapat mematuhinya dengan sebaik yang mungkin :
1)     Kedatangan
a)     Kalau***** mohon setengah hari (halfday) cuti di iHR, sila bagitau halfday waktu pagi atau petang.
b)     Jika half day, sila punch in dan punch out seperti dibawah :
i)                   Half day pagi = punch in jam <= Jam 9.15 pagi, punch out jam >=1.00 petang
ii)                 Half day petang = punch in jam <=Jam 2.00 petang, punch out jam >=6.00 petang.
c)     Kalau ***** masuk lambat, contohnya Jam 9.10 pagi sila punch out jam 6.10 petang.  
d)     Kalau PJK blackout sila inform (sms/call) ke PO (En ******* [019-*******)
e)     Sila memohon cuti di iHR, 3 hari sebelum bercuti.
** WAJIB punch in dan punch out, Jangan Lupa…
2)     Portal
a)     Perlu di kemaskini apabila ada event / aktiviti PJK. Ada gambar-gambar yang akak dah masukkan tapi x keluar. Sila tengok semula dan kemaskini Portal tersebut.

3)     UMS
a)     Sila klik pada user yang dah bayar. Jika belum bayar sila letak nama user tersebut di kertas yang sudah disediakan serta pergi ke UMS dan klik pada ‘tidak aktif’ kan user tersebut. Ini kerana akak melihat di UMS bahagian Pembayaran banyak yang ***** tak klik. So, akak x sure dah bayar atau tidak. Jika bayaran nya 0.00 perlu juga klik pada Pembayaran.
b)     Apabila user berhutang, jangan sekali-kali aktifkan nama user tersebut. Setelah habis bayar barulah diaktifkan terutama ‘*****’.
c)     Jangan lupa untuk mengisi borang Ahli kepada user yang baru menjadi Ahli. Salin no kad dan tulis di Borang Ahli yang telah diisi. Caj dikenakan adalah RM 6 (Ahli + Kad). Tulis nama di belakang kad tersebut. Sebab bulan lepas ada nama user, tapi borang tiada.

4)     Inventori
a)     Sila kemaskini semula Inventori PJK. Salin semula dan buat di dalam Microsoft Excel. Contoh Inventori boleh tengok pada fail Inventori. Selepas itu print dan letak didalam file Inventori semula.
b)     Update juga Inventori yang telah di buat kedalam Proads.
c)     Setiap minggu atau sebulan sekali sila defragment dan update Antivirus serta kemaskini desktop, buang / uninstall yang tidak perlu pada semua pc2 user dan bilik latihan.
** akak dah uninstall semua Antivirus Kaspersky dan dah digantikan dengan Microsoft Essentials. Lepas ni leh kemaskini setiap minggu.

5)     Emel
a)     Wajib membaca emel yang diberikan supaya ***** tahu apa yang kerja yang diberikan atau apa yang akak hantar. Ini kerana kemungkinan pada masa akan datang ***** perlu buat Laporan Bulanan, Laporan Kewangan, Emel Bil Air dan Elektrik dan perkara-perkara yang berkaitan.
b)     Sentiasa serius dengan arahan daripada pihak ***, **** dan **.
c)     Setiap kali emel kepada sesiapa pun berkaitan dengan PJK sila cc dengan akak (************@***.com.my).
d)     Jika terdapat masalah PJK sila maklumkan kepada akak atau En ******** terlebih dahulu.
6)     Lain-lain
a)     Perlu menulis di White Board di luar jika PJK tutup samada Cuti Umum atau Bahar keluar dari PJK kecuali semasa Rehat.
b)     Perlu aktifkan Alarm setiap kali keluar daripada PJK dalam tempoh yang lama.
c)     Perlu menjaga nama baik PJK dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.
d)     Pastikan semua Komputer dan Internet berfungsi dalam keadaan baik.
e)     Jika ada masalah Internet sila hubungi Pihak ******* (03-******** / 03-********)
f)      Mengambil berat setiap tugas dan kepentingan Tanggungjawab sepanjang bekerja di PJK
g)     Menjaga Kebersihan dan Keceriaan PJK Sepanjang Masa

No comments:

~InsyaAllah Ini Yang Terakhir~ <-- Dah tinggal Kenangan..huk2

Daisypath Friendship tickers

---Laguku--


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...